Pengalaman Temuduga SPA (Pegawai Sains Kimia Hayat C41)

Assalamualaikum dan hi, readers sekalian👐. Kali ini Ain kembali untuk berkongsi salah satu pengalaman yang Ain rasa Ain patut kongsi dengan pembaca sekalian. Tapi entri kali ini agak sedikit berbeza kerana Ain memutuskan untuk menulis dalam bahasa Melayu kerana bagi Ain ia lebih mudah difahami dan dekat dengan pembaca sekalian😄. Sebelum Ain bercerita mengenai pengalaman temuduga SPA ini, ada baiknya Ain berkongsi sedikit pengalaman yang pernah Ain perolehi sebelum dipanggil temuduga dan bercerita serba sedikit pengajian akademik Ain agar korang faham bidang Ain ni sesuai ke arah yang mana. Ain merupakan graduan ijazah sarjana muda sains (kepujian) biokimia. Alhamdulillah, Ain tamat pengajian dengan jayanya pada 2019. Niat di hati pastilah nak bekerja dalam bidang yang Ain pelajari namun, rezeki Ain belum sampai lagi dan sebab itu Ain selalu berfikiran positif dengan berkata apa yang Kita rancang, hendak tidak semestinya dapat kerana Allah pasti simpan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Ain harap korang yang di luar sana yang sedang mencari kerja tu jangan stress tau. Minta kepada Allah supaya urusan korang dipermudahkan (ceh, macam usrah dah). 
    
                     Okey berbalik kepada topik asal, Ain sebelum ini pernah menjawab 3 peperiksaan SPA (2 peperiksaan online, 1 psikometrik). Ujian-ujian peperiksaan online yang Ain dapat ialah jawatan pegawai penguatkuasa dan pegawai tadbir diplomatik tapi... kedua-dua peperiksaan ini Ain kecundang😅. Tak apalah, Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk menjawab kan. Untuk ujian psikometrik ni, Ain dapat untuk jawatan Pegawai Sains Kimia Hayat. Serius Ain tak perasan pun emel pegawai Sains ni. Nasib baik nampak kat FB SPA pasal tawaran ini dan Ain sajalah cuba-cuba cek nama manalah tahu ada tersangkut. Dan ternyata nama Ain ada. Mula-mula Ain macam nak ambil cuti tapi kasihanlah pula dekat kawan kerja yang lain sebab nak cover kelas Ain. Ain tengok masa menjawab diberi dari 8 pagi hingga 5 petang. Fikir punya fikir Ain jawab dekat tadika. Nasib baik sempat. Tapi soalan psikometerik ni tak macam soalan PSEE. Dia macam lebih ke arah minat, personaliti dan sebagainya. 
                        
                        Selepas seminggu, Ain nampak kat FB yang keputusan dia keluar. Masa tu macam rasa tak dapat je sebab dah pernah gagal 2 kali exam. Tapi... bila check nama, tak sangka Ain berjaya. Alhamdulillah, suka sangat sebab dah lepas satu tahap. At least, adalah progresskan selain jawab peperiksaan. Dalam email tu, dia suruh tunggu untuk tarikh temu duga. Ain tak ingat bila dapat email seterusnya tetapi Ain dijadualkan untuk hadir temu duga 26 Januari. Namun, sebelum 26 Jan tu, telah diumumkan PKP. Jadi, temuduga itu ditangguh dan Ain dipanggil untuk hadir temuduga pada 12 Mac.

                        Kita teruslah ke 12 Mac lah eh sebab Ain tak naklah cerita ni meleret-leret.  Ain dijadualkan untuk datang temuduga pada 11.00 pagi. Kebetulan, temuduga tu pada hari Jumaat. Jadi, perasaan dia tu macam nyaman je. Hahaha, tak ada kena mengena pun😆. Malam sebelum tu, Ain dah susun sijil-sijil dalam satu fail. Untuk temuduga ni, tak banyak yang Ain prepare sebab tak tahu nak baca yang mana satu. Ain banyak tengok youtube SuperMatt Sharing mengenai tatacara untuk temuduga. Banyak yang beliau kongsikan dari segi pemakaian, etika dan cara menjawab soalan temuduga dan sebagainya. Ain rasa banyak yang Ain belajar dari beliau sebab beliau pernah menjadi panel penemuduga. Selain itu, Ain banyak buka laman web KKM sebab nak mencari point-point yang kena mengena dengan jawatan pegawai sains ini. 

                     Pukul 10.20 pagi, Ain dah bergerak keluar dari rumah. Thank you kat adik lelaki Ain sebab dia sanggup ambil cuti semata-mata sebab nak hantar kakak dia😘. Ain terpacak sampai depan Menara Persekutuan Melaka dalam pukul 10.30 macam tu. Dalam perjalanan nak ke bangunan, Ain boleh pula tersalah langkah. Lagi sikit nak jatuh, kalau jatuh memang malulah😥. Masa tu dah fikir ini ke petandanya. Huhuhu, awal-awal lagi dah hilang keyakinan (korang, jangan ikut pula). Sampai-sampai ke ruang pendaftaran, Ain dikehendaki untuk beri fail dan Ain tak sangka yang Ain calon terakhir yang sampai. Masa kat meja pendaftaran tu, akak tu suruh pakai face shield dan dia maklumkan jika Dato' suruh tanggalkan mask, baru tanggalkan. Ain masa tu dah kalut. Tak sangka panel penemuduga tu ada title Dato'😮.  Selesai pendaftaran, Ain masuk ke ruangan menunggu. Masa tu ada dalam 3 orang. Ain punya debar tu sampai tak tahu nak buat apa. Kalau baca pun bukannya masuk pun.  Ceh, tapi lain orang lain caranya kan? Ain lebih suka ambil kesempatan yang ada untuk bertenang.

                    Dalam pukul 11 macam tu, Ain dipanggil masuk. Fuh, dia punya debar tak boleh nak cakap.  Ain cuba apply tips dari Encik SuperMatt sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik. Ain masuk dengan memberi salam dan duduk apabila panel penemuduga memberi kebenaran untuk duduk. Kemudian, panel tu menyuruh Ain membuka mask dan sempatlah diberi masa untuk bertenang. Dalam bilik tu ada 2 penemuduga, seorang daripada SPA dan seorang lagi memegang jawatan pegawai sains.  Temuduga ini bermula dengan perbualan ringkas (bertanyakan nama, asal, belajar di universiti mana dan sebagainya). Sejurus itu, mereka bertanya tentang peranan pegawai sains. Benda ini memang nampak macam ringkas tapi Ain rasa soalan ini sahaja sudah memakan 10 minit. Selain itu, mereka bertanya tentang pengalaman Ain praktikal dan sanggup tak Ain untuk bekerja di Sabah (Ain rasa tuan panel tu saja bertanya soalan ini sebab dia nak tengok reaksi kita). Sebelum tamat, mereka bertanya jika Ain ada mempunyai apa-apa soalan tak. Jadi, Ain pun ambillah peluang bertanya sejauh mana tahap Ain dalam temuduga ini. Kekurangan dan apa yang perlu diperbaiki sebab Ain tahu banyak kelemahan Ain memandangkan ini pengalaman pertama Ain temuduga SPA. Ain paling suka dengan jawapan diberi oleh panel tu sebab dia ada selitkan sedikit nasihat untuk Ain. Dan.... begitulah kesudahan Temuduga Pegawai Sains Kimia Hayat untk Ain. Semasa Ain tulis entri ini, proses temuduga untuk jawatan ini sudah tamat. Kira-kira dalam masa sebulan barulah Ain dapat jawapan sama ada berjaya atau hmm.. takutlah nak cakap. Jauh di sudut hati, Ain berharap ia berjaya tetapi jika sebaliknya Ain redha. Mungkin Ain akan mempunyai peluang di lain hari. 

                    Kesimpulannya, Ain nak kongsi sedikit tips untuk korang yang bakal-bakal hadir temuduga SPA. Ini apa yang Ain nampak kalau ada yang nak kongsi, Ain memang sangat mengalu-alukan korang untuk komen di bawah😉

.
 1. Muka tu kena nampak yakin. Macam mana nak yakin? Jawapannya kena banyak praktis depan cermin. p/s: benda ni yang Ain paling susah nak kawal. Bak kata kawan Ain, yang muka Ain ni memang nampak kasihan betul😄.
2. Tengok video atau blog yang berkaitan dengan temuduga. Ain recommend channel SuperMatt Sharing. Beliau ada tunjukkan cara dan dari situ korang boleh dapatkan sedikit gambaran.
3. Belajar tentang peranan jawatan yang kita mohon tu dengan lebih mendalam. Kalau boleh, jumpa dan temubual dengan orang yang memegang jawatan yang kita mohon tu.
4. Perbanyakkan praktik cara nak jawab soalan agar jawapan yang kita beri lancar je bila bercakap. Selalunya mereka akan minta pengenalan diri, peranan, pengalaman dan sebagainya).
5. Praktik berbual dalam bahasa Inggeris. Selalunya temuduga akan dijalankan dalam bahasa Melayu tetapi kita tak tahu kalau panel tu tiba-tiba nak tengok kemahiran bahasa Inggeris kita.

                Itu sahaja yang Ain dapat kongsikan dalam entri kali ini. Tak banyak pun tetapi harapan Ain korang dapat sedikit info yang Ain yang cuba sampaikan. Sampai di sini sahaja topik kita pada hari ini. Next entry, I will decide to talk about the result after using SomeByMi Yuja Niacin for 3 months. Okay, buh-bye👋




Comments

  1. Nice, keep going

    ReplyDelete
  2. Exam spa ni soalan da soalan matematik/enggeris ke😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. tpi Ada jawatan yg Ada 3 seksyen (pengetahuan am, matematik, Inggeris)..

      Delete
  3. Hai, nak tanyaaa if berjayaaa ke iv?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry, xfaham soalan awak.. maksud awak kalau berjaya iv ape next step ke?

      Delete
  4. hi. thanks for the sharing. Boleh share tak soalan2 teknikal yg ditanya yg betul2 berkaitan dgn jawatan peg sains? thanks in advance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat yg saya ingat, dia bagi saya situation di Mana saya diberikan budget sekian2 utk jabatan tu n apa yg saya perlu buat dgn budget tersebut.. Dia akan tanya awak apa pengalaman yg awak ada.. kalau Saya hanya ade pengalaman intern, jadi dia tanya berkaitan tugasan2 yg Saya buat Masa intern.. sbg contoh, saya buat analysis makanan.. so, dia tanya ape method yg Saya gunakan.. pastu, dia ada tanya juga pasal calibration tu sume.. hrp jawapan saya ni membantu awak sedikit sebanyak😊

      Delete
  5. Hai sis, boleh saya tahu, awak berjaya tak temuduga ni ?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Siri Jalanan: Pelukis Jalanan (Teme Abdullah).

Pengalaman sebagai pelajar Asasi Sains Pertanian (ASPer), Universiti Putra Malaysia.