Pengalaman sebagai pelajar Asasi Sains Pertanian (ASPer), Universiti Putra Malaysia.
Assalamualaikum dan hi, pembaca sekalian. Kali ini Ain nak dedikasi post untuk bercerita hala tuju Ain selepas mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ain tahu adik-adik semua mesti dah ambil result dan mesti masih bingung nak ke mana pula selepas dapat result ni. Untuk yang mendapat keputusan yang cemerlang, akak nak ucapkan tahniah kat korang dan buat yang lain jangan rasa kecewa. Perjalanan adik-adik semua bukan tamat sampai di sini. Jauh lagi perjalanan adik2 semua. Malahan, akak ni pun masih sangkut dalam melalui liku-liku kehidupan. Apa yang penting korang dah cuba sehabis baik. Mungkin rezeki korang bukan di sini tetapi di tempat yang lain.
Untuk korang yang berminat nak sambung belajar, ada beberapa jenis pengajian yang korang boleh sambung seperti asasi, matrikulasi, diploma, tingkatan 6 dan juga sijil kemahiran. Kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut, korang boleh komen di bawah dan akak akan buat satu entri yang lain. Bagi yang berminat untuk bekerja, teruskan niat anda. Tidak salah pun. Terpulang dekat awak semua. Nak belajar ke nak bekerja ke. Asalkan korang ada target. Kalau berminat nak bekerja kerajaan, korang boleh mohon di laman web SPA.
Okey, akak akan teruskan cerita pengalaman akak selepas dapat result SPM. Sebelum tu, akak nak cakap yang result akak pun bukanlah cemerlang mana tetapi Alhamdulillah, akak dapat tawaran untuk program Asasi Sains Pertanian (ASPer) di universiti Putra Malaysia. Selain itu, akak dapat juga tawaran maktrikulasi (jurusan sains). Dijadikan cerita, akak pun memilih untuk masuk program asper sebab kalau masuk asasi, automatik sebelah kaki kita dah masuk universiti. Tinggal lagi kita nak fight pilih course apa nanti. Mula-mula akak nak pilih matrik sebab ramai kawan akak kat sana, dekat dengan rumah dan yuran dia pun agak murah berbanding program asper. Tetapi ayah akak beria-ia nak akak masuk asasi sebab dia nak tengok anak dia masuk universiti. Dan... Akhirnya, akak pun mendaftarlah diri di UPM.
Akak masih ingat lagi akak mendaftar diri pada hari Jumaat. Awal-awal lagi dah terpacak dekat Kolej 13. Selepas mendaftar diri, akak bawa barang-barang masuk ke bilik. Blok akak blok H dan bilik bernombor 302. Masa mula-mula masuk adalah beberapa pelajar yang lain. Saat paling tak best bila menghantar kepulangan keluarga balik. Punyalah menangis teresak-esak sebab kena tinggal (tak pernah duduk asrama, tak pernah berjauhan daripada keluarga dan tak ada kawan). Huhuhu, ambil masa beberapa bulan tau nak biasakan diri kat sana. Hampir setiap minggu balik (thanks kat Pak ngah, makteh sebab melayan kerenah anak buahmu ini). Okaylah, stop sampai sini. Tak mahulah ingat benda yang memalukan ni.
Ini bilik akak. Satu bilik ada 6 partition. Luas gila. Selalunya port lepak kitaorang makan-makan, tengok movie kat tengah tu. Kitaorang selalu buka pintu belakang untuk tengok panorama malam. Tengok orang joging, orang dating👀.
Adik-adik semua mesti tidak beberapa familiar kan dengan asper ni. Akak faham dengan musim pandemik ni kita hanya boleh nak bergantung dengan encik google je. Tak apa, akak ceritakan serba sedikit. Sebelum tu, akak nak cakap yang akak masuk asper pada tahun 2014 jadi akak tak tahu samaada ada perubahan ke tidak dengan zaman sekarang. Okey, berbalik kepada cerita. Subjek yang kami pelajari ialah bahasa Inggeris, Matematik, Fizik, Kimia, Biologi, sains pertanian dan juga asas kemahiran komputer. Ada 3 sem dalam satu tahun. Yang bestnya, dalam satu tahun korang boleh dapat 3 kali elaun sara diri (akak dulu dapat RM 1250). Yang tak beberapa nak bestnya, korang memang selalu ada ujian/peperiksaan sebab 3 semkan. Pagi tu ada kelas macam biasa. Petang tu nak jawab exam. Bayang kan macam kartun kitaorang. Dahlah akak ni jenis stok2 study last minute (don't be like this, okay?).
Benda yang paling best pasal asasi ni of course lah subjek sains pertanian. Tiap-tiap minggu korang ada amali luar. Pergi kebun, pergi ladang, Hutan Simpan Ayer Hitam dan macam-macam. Yang best pasal Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong ini ialah korang dapat terokai hutan tu. Serius luas. Banyak tumbuh-tumbuhan yang korang tak pernah jumpa ada kat sini. Kalau bernasib baik, korang boleh lihat Blue Lagoon. Waktu asasi, akak tak berkesempatan nak pergi sebab masa tu bulan puasa. Blue Lagoon tu jauh kena masuk dalam lagi. Tapi Alhamdulillah masa degree dapat pergi ke sana siap makan-makan lagi kat situ.
Cantik kan? Bersusah payah kita orang nak pergi sini. Tapi kawasan ini kawasan larangan. Bukan semua orang boleh ke sini sebab tanpa ada kebenaran.
Lecturers kat sini pun baik-baik belaka. Hampir semua baya-baya macam atok-atok kita. Yang bestnya lecturer pertanian, diaorang suka bercerita jadi dalam kelas tak mengantuk sangat. Bukan nak kata lecturers subjek lain tak best, diaorang best je tapi dah nama subjek hard core (Biologi, Fizik, Kimia, matematik) jadi stress memanjang. Pasal transport, korang tak payah risau sebab ada kemudahan bas tapi kena rebutlah. Lebih-lebih lagi kalau korang kelas pukul 8, memang hectic gila sebab student degree pun ada juga. Akak dulu pukul 7 dah terpacak kat bus stop kalau kelas pukul 8. Kalau tak silap akak, ada rebate basikal untuk korang yang berminat nak beli basikal. Naik basikal lagi best sebab korang tak payah berebut nak naik bas. UPM ni memang besar gila sesangat. Banyak benda yang korang boleh terokai.
Soalan-soalan yang korang mungkin tertanya-tanya.
1. Pukul berapa mula kelas?
👉 Kelas kebiasaannya bermula pukul 8 pagi hingga pukul 5 petang. kadang-kala drag juga sampai ke malam kalau ada kelas ganti ke apa. Macam akak dulu sem 1, jadual memang pack. Hampir setiap hari kelas pukul 8. Tapi sem 2, sem 3 dah jarang kelas pukul 8. It's depend on your schedule.
2. Betul ke Kolej 13 kediaman untuk budak-budak asasi?
👉Partially yes. Zaman akak dulu kebanyakkan budak asasi dekat kolej 13. Hanya beberapa sahaja dekat Kolej Pendeta Zaaba, Kolej Tun Perak dan Kosas. Tetapi akak ada perasan next upcoming student asasi after akak ada yang duduk dekat SERUMPUN. But don't worry, mana-mana tempat okey je. Diaorang takkan tendang korang dari kolej sebab budak asasi tak kena kumpul merit pun.
3. Apa itu pertanian? Perlu ke ambil?
👉Memang kena ambil. Dah nama asasi sains pertanian. Dalam banyak-banyak asasi, asper je tau special sebab ada subjek ni. Best tau sebab korang akan ada amali dan korang boleh explore semua ladang-ladang kat UPM ni. Dan subjek pertanian paling senang nak score compare to other subjects sebab benda ni fun.
4. Kalau nak sambung degree, course apa yang saya boleh ambil?
👉Korang boleh pilih mana-mana course yang ditawarkan di UPM. Asalkan result kena cun tau. Kalau result tak cun macam mana nak ambil medic kan? Friendly reminder, UPM tak ada course pergigian dan farmasi. Kalau korang bercita-cita nak jadi doktor gigi atau ahli farmasi, better choose other foundation. Tapi boleh je kalau nak sambung kat swasta.
klik sini untuk lihat course apa yang korang boleh pilih:
5. Saya berminat nak masuk asper, macam mana nak mohon?
👉Korang boleh apply melalui UPU. Permohonan boleh dibuat atas laman web Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Selalu check sama ada dah boleh daftar ke tidak.
6. Berapa subjek yang kena ambil?
👉 6. Matematik, Biologi, Fizik, Kimia, Inggeris dan Sains Pertanian. Akak difahamkan terdapat perubahan format kurikulum pada 2017/2018, di mana hanya ada 2 sem dalam masa setahun. Untuk makluman lanjut, klik link di bawah:
7. Siapa yang boleh mohon program ini? Apa minimun requirement yang perlu ada?
👉 Semua pelajar SPM aliran sains. Minimum requirement yang diperlukan ialah mendapat kepujian (C) dalam lima subjek termasuk bahasa Melayu. Selain itu, korang perlu mendapat sekurang-kurangnya B dalam subjek Biologi, Kimia, Fizik, Matematik serta Matematik Tambahan. Manakala subjek Inggeris, sekurang-kurangnya kena dapat C+.
8. Susah tak nak dapat makanan kat sana?
👉Kat sana, ada banyak je kafe. (Kafe K13, Kafe Serumpun, Putra Food Court). Paling best kalau ada bazar. Memang habis duit kau dik. Alah, zaman sekarang ni nak cari makan bukannya susah. Order Foodpanda, Grab food ke. Kalau bosan sangat dengan makanan kat kafe, boleh pergi keluar pergi pekan atau shoping mall berdekatan. Kat sini, terpulanglah kat korang nak pergi mana tapi pastikan balik sebelum pukul 12.00 am.
Akak rasa itu sahaja yang akak kongsikan. Kalau ada soalan, korang boleh komen di bawah. Nasihat akak sebelum pilih mana-mana program, buat research dulu. Tanya orang yang berpengalaman, okey😉?

Comments
Post a Comment