Posts

Showing posts with the label temuduga

Pengalaman Temuduga SPA (Pegawai Sains Kimia Hayat C41)

Image
Assalamualaikum dan hi, readers sekalian👐. Kali ini Ain kembali untuk berkongsi salah satu pengalaman yang Ain rasa Ain patut kongsi dengan pembaca sekalian. Tapi entri kali ini agak sedikit berbeza kerana Ain memutuskan untuk menulis dalam bahasa Melayu kerana bagi Ain ia lebih mudah difahami dan dekat dengan pembaca sekalian😄. Sebelum Ain bercerita mengenai pengalaman temuduga SPA ini, ada baiknya Ain berkongsi sedikit pengalaman yang pernah Ain perolehi sebelum dipanggil temuduga dan bercerita serba sedikit pengajian akademik Ain agar korang faham bidang Ain ni sesuai ke arah yang mana. Ain merupakan graduan ijazah sarjana muda sains (kepujian) biokimia. Alhamdulillah, Ain tamat pengajian dengan jayanya pada 2019. Niat di hati pastilah nak bekerja dalam bidang yang Ain pelajari namun, rezeki Ain belum sampai lagi dan sebab itu Ain selalu berfikiran positif dengan berkata apa yang Kita rancang, hendak tidak semestinya dapat kerana Allah pasti simpan sesuatu yang lebih baik untuk k...