Pengalaman Temuduga Pegawai Sains Kimia Hayat C9 (Part 2)
Assalammualaikum dan Salam sejahtera semua. Hari ini setelah bertahun tinggalkan blog ini, saya kembali menulis dengan menukilkan pengalaman temuduga SPA tahun lepas. Sebenarnya tak ada idea sebab tu dah lama tak menulis😅😅😅
Okay, back to the story. Tahun lepas saya mendapat panggilan temuduga untuk jawatan ini buat kali kedua. Yes, kali pertama gagal sebab hmm, tak cukup persediaan dan persaingan yang sengit. Kali ini saya memang katakan persediaan saya cukup-cukup je sebab sibuk dengan kerja hakiki masatu. Kejap shift pagi, kejap malam jadinya tak cukup rehat dan saya buat research sipi-sipi.
Rasanya tak perlu kot saya nak ceritakan perjalanan segala bagai sebab tak menarik pun nak diceritakan. Kalau korang rajin, boleh baca post saya sebelum ni (https://ainfaelah.blogspot.com/2021/03/pengalaman-temuduga-spa-pegawai-sains.html). Hahaha, I'm just here to write my experiences, so you guys boleh tahulah sedikit sebanyak soalan yang diutarakan oleh panel penemuduga.
Macam biasa akan ada 2 penemuduga, seorang wakil daripada SPA dan seorang lagi wakil daripada KKM (Pegawai Sains Kimia Hayat). Selalunya setiap calon akan diberi masa dalam 20-30 minit. Kadang-kala tengok juga penemuduga tersebut sebab ada kawan saya pernah cerita calon sebelum ni pernah berada dalam bilik temuduga nak dekat sejam.
Okay, ini saya listkan soalan-soalan yang saya dapat:
1. Sila perkenalkan diri anda.
2. Kenapa anda mahu bekerja dalam sektor awam sedangkan gaji awak lebih kurang dengan kerja anda sekarang?
3. Anda rasa kenapa anda gagal dalam temuduga tempoh hari?
4. Adalah ada bersedia untuk berkhidmat di Sabah Dan Serawak?
5. Apakah pengalaman paling sukar yang anda pernah hadapi?
6. Apakah itu integriti?
Itu daripada panel penemuduga pihak SPA. Kalau daripada panel jabatan:
1. Apakah peranan seorang Pegawai Sains Kimia Hayat?
2. Memandangkan anda menyebut tentang aspek pengurusan fasa praanalitikal, analitikal dan pascaanalitikal, boleh terangkan lebih setiap fasa tersebut?
3. Apakah ISO yang digunakan dalam makmal perubatan?
4. Macam mana nak lupuskan sisa-sisa makmal perubatan?
Saya rasa itu sahaja soalan-soalan yang saya dapat dan disebabkan masa sangat mencemburui, saya hanya berpeluang untuk sama ada bertanya satu soalan ataupun menyuarakan hasrat saya sahaja. Tanpa berfikir panjang, saya memilih untuk bertanyakan soalan kepada panel jabatan (sebab saya sangat curious sama ada mereka akan menerima orang yang tiada pengalaman seperti saya dan jika dapat, persediaan apa yang saya perlu lakukan sebelum menjadi seorang Pegawai Sains Kimia Hayat).
Selepas sebulan lebih, akhirnya keputusan temuduga pun keluar. Alhamdulillah, saya dapat sebagai calon simpanan. Nombor giliran saya nombor 5 daripada 30 orang. Dan Januari yang lalu saya sudah mendapat tawaran. Sekarang ini saya hanya menunggu keputusan penempatan. Harapnya keluarlah tidak lama lagi. Aamin.
Untuk pengetahuan korang, saya tiada pengalaman pun dalam bidang ni selepas saya tamat belajar degree dahulu. Saya cuma berbekalkan pengalaman ketika FYP dan latihan praktikal dahulu. Jadi, untuk korang yang tiada pengalaman usah rasa rendah diri. Buat research dan jawab soalan dengan yakin. Banyakkan berdoa dan minta orang-orang sekeliling untuk mendoakan kita juga. Yang penting yakin dengan aturan Allah. Gagal sekali tidak bermakna kita akan gagal selamanya.
Itu sahaja buat entri Kali ini, kalau ada sebarang soalan boleh je tinggalkan komen-komen di bawah. Saya berbesar hati untuk membantu. Akhir kata, semoga korang yang tengah mencari pekerjaan dikurniakan pekerjaan yang korang ingini. Okay, bubye korang!
Comments
Post a Comment