Siri Jalanan: Pelukis Jalanan (Teme Abdullah).
Entah bagaimana aku boleh terbaca buku-buku Teme Abdullah ni tapi inilah buku pertama yang aku baca setelah mengenali beliau. Secara jujurnya sebelum aku memulakan pembacaan buku dan meminati beliau, aku fikirkan bahawa beliau seorang yang bertuah kerana dapat menerbitkan 14 buku. Selain mempunyai kejayaan dapat menlanjutkan pelajaran di luar negara, berjaya graduasi dan bekerja sebagai seorang arkitek di London. Aku akui dia mempunyai bakat yang luar biasa seperti melukis dan menulis. Lihat sahajalah karya beliau memang aku kagum betul tetapi di sebalik kejayaan beliau, terdapat pelbagai ujian yang beliau harungi. Buku yang bertajuk 'Pelukis Jalanan' mengisahkan kehidupan beliau sebelum dan semasa berada di luar negara untuk menyambung pelajaran dalam bidang arkitek. Aku tak nak cerita lebih takut nanti bagi spoiler pula. Adalah beberapa intipati yang memberi motivasi untuk aku merealisasikan impian aku. Kalau korang nak tahu Teme ni orang...