Posts

Showing posts from June, 2021

Pengalaman sebagai pelajar Asasi Sains Pertanian (ASPer), Universiti Putra Malaysia.

Image
Assalamualaikum dan hi, pembaca sekalian. Kali ini Ain nak dedikasi post untuk bercerita hala tuju Ain selepas mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ain tahu adik-adik semua mesti dah ambil result dan mesti masih bingung nak ke mana pula selepas dapat result ni. Untuk yang mendapat keputusan yang cemerlang, akak nak ucapkan tahniah kat korang dan buat yang lain jangan rasa kecewa. Perjalanan adik-adik semua bukan tamat sampai di sini. Jauh lagi perjalanan adik2 semua. Malahan, akak ni pun masih sangkut dalam melalui liku-liku kehidupan. Apa yang penting korang dah cuba sehabis baik. Mungkin rezeki korang bukan di sini tetapi di tempat yang lain. Untuk korang yang berminat nak sambung belajar, ada beberapa jenis pengajian yang korang boleh sambung seperti asasi, matrikulasi, diploma, tingkatan 6 dan juga sijil kemahiran. Kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut, korang boleh komen di bawah dan akak akan buat satu entri yang lain. Bagi yang berminat untuk bekerja, teruska...